Program gotong-royong perdana 5s PDTKK









Mari mengecat pejabat: Aktiviti 5s

22 Julai 2011: Gotong Royong Perdana buat kali ke-4 telah diadakan di PDTKK dengan tujuan utama untuk mengecat di persekitaran koridor dan tangga setiap zon.
Jom kita lihat sedikit gambar bagi aktiviti ini:

Ada gaya CC kita ni..

Pertandingan mengecat di zon Dahlia..

Seri pengantin masih ada, dah pegang roller cat

Ingatkan Omar tadi.. 
Macam dah biasa je En. Abu

Pelajar praktikal pun turut membantu

Tekun CC aku menconteng koridor





Tahniah kepada para pemenang Aktiviti 5S PDTKK

Baru-baru ini pada 15 Julai 2011 telah diadakan satu majlis Penyampaian hadiah sempena Pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDTKK. Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan diantaranya ialah:

  1. Zon Terbaik
  2. Sudut 5S Terbaik
  3. Sub-Zon Terbaik
  4. Individu Terbaik
  5. Zon Perlu Penambahbaikan Ketara
Pengerusi 5S PDTKK sendiri iaitu Tn. Hj. Abd. Halim Bin Hamed telah turun padang untuk menyampaikan hadiah kepada zon yang menang. Pertandingan ini dijalankan setiap 2 minggu bagi memberikan semangat kepada kakitangan untuk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S ini.
1. Zon 5S Terbaik - Zon Matahari (bahagian Pembangunan Luar Bandar)

2. Sub Zon Terbaik (Bahagian Khidmat Pengurusan) - Zon Tulip

3. Individu Terbaik - MOHD RIDZUAN B. AHMAD AFFANDI (Dahlia)

4. Sudut 5S Terbaik (Bahagian Pendaftaran & Hasil) - Zon Dahlia

Tn. Hj. Abd. Halim Bin Hamed menganugerahkan sudut 5S Terbaik kepada Zon Dahlia

Antara Gambar Gotong Royong Perdana 5S

Cik G, Yuz, Anom & Shu tengah berlatih buat parking

Yoep sedang mengukur jalan

Sebelum kerja kita makan dulu

Antara cc yang paling rajin.. tahniah


Sempat berposing sebelum mengemas stor

*Lagi gambar akan menyusul



Gotong Royong Perdana 5S


Gotong royong ini melibatkan kerja-kerja mengecat dan membersihkan kawasan tempat letak kereta serta kawasan sekitar. Setiap kawasan dipecahkan kepada setiap zon induk yang dikawal selia seorang juruteknik.

1. Zon Matahari = En. Yasin
2. Zon Tulip = En. Mat Deris
3. Zon Lily = En. Razif
4. Zon Dahlia = En. Rafsan

Tarikh: 24 Jun 2011
Masa: Bermula 8.30pagi
Tempat: Aras bawah sekitar perkarangan pejabat

*Yang paling penting sarapan disediakan

Gambar Ketika Perasmian 5S PDTKK

Perasmian oleh Pegawai Daerah Kuala Kangsar

Upacara simbolik 

Antara AJK 5S PDTKK

Kakitangan PDTKK



Piala Pusingan Kepada Yang Terbaik

AJK Promosi telah bersetuju untuk memberikan piala pusingan dan hadiah kepada yang terbaik bagi program 5S PDTKK dengan beberapa kategori:

1. Zon Terbaik
2. Sub Zon Terbaik
3. Individu Terbaik
4. Sudut Terbaik
5. Zon Perlu Penambahbaikan Ketara

Selain itu, gambar penerima hadiah akan dipaparkan di blog ini dan juga di page facebook di http://www.facebook.com/pages/AJK-Promosi-5S-PDT-Kuala-Kangsar/137792716296590 untuk menaikkan semangat semua anggota.