Tahniah kepada para pemenang Aktiviti 5S PDTKK

Baru-baru ini pada 15 Julai 2011 telah diadakan satu majlis Penyampaian hadiah sempena Pertandingan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S PDTKK. Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan diantaranya ialah:

  1. Zon Terbaik
  2. Sudut 5S Terbaik
  3. Sub-Zon Terbaik
  4. Individu Terbaik
  5. Zon Perlu Penambahbaikan Ketara
Pengerusi 5S PDTKK sendiri iaitu Tn. Hj. Abd. Halim Bin Hamed telah turun padang untuk menyampaikan hadiah kepada zon yang menang. Pertandingan ini dijalankan setiap 2 minggu bagi memberikan semangat kepada kakitangan untuk Amalan Persekitaran Berkualiti 5S ini.
1. Zon 5S Terbaik - Zon Matahari (bahagian Pembangunan Luar Bandar)

2. Sub Zon Terbaik (Bahagian Khidmat Pengurusan) - Zon Tulip

3. Individu Terbaik - MOHD RIDZUAN B. AHMAD AFFANDI (Dahlia)

4. Sudut 5S Terbaik (Bahagian Pendaftaran & Hasil) - Zon Dahlia

Tn. Hj. Abd. Halim Bin Hamed menganugerahkan sudut 5S Terbaik kepada Zon Dahlia

0 comments: